Friday, December 18, 2009

[Tutorial]Watch a movie without downloading all parts.

Sharing is caring..hehehe...
Watch a movie without downloading all 8 parts.
1) Download part 1 of the rar archive.
2) Once downloaded, right click on it, on the dropdown menu select"Extract files..."
3) On the menu that comes up, check "Keep broken file".4) Hit OK, it will start to extract (enter a password if needed) and once it gets to part 2 you will get the normal error message.

5) Hit cancel, close, etc. Get the boxes out of the way.

6) There will be a new folder on your desktop, or where ever you choose to extract to, containing the folder and the first 15 minutes or so of the movie. You can watch part 1 while part 2 is downloading, etc.

This is also helpful for checking the quality of movie.

p/s:Copy paste punya tutorial..huhu

Read more...

Saya bertudung..saya juga...(hahaha)






Berpakaian :
Berbaju lengan labuh tetapi ketat.( Body shape )
Berbaju labuh tetapi lengan pendek.( T-Shirt )
Berbaju ,lengan Labuh tetapi seluar panjang Fit / low waist.

Berbaju ,lengan Labuh & seluar panjang labuh tetapi 5 suku ( paras betis )
Berbaju ,lengan Labuh & seluar panjang labuh
tetapi tudung befesyen kebelakang nampak leher & dada.
Berbaju ,lengan Labuh & seluar panjang labuh tetapi baju saya XX-ray

Bersifat :
( Penyayang ) Selalu keluar kesana sini dengan
teman lelaki.(Bukan Muhrim/Mahram)
( Mengeratkan Silaturahim ) Berpegangan Erat
tangan dengan teman lelaki semasa berjalan.
( Berhati-Hati ) Memeluk teman lelaki semasa membonceng motosikal.
( Ingin Tahu ) Selalu meletakkan kepala diatas bahu teman lelaki saya semasa menyaksikan air laut.
( Tak cemburu ) Tak kisah Suami orang ker tidak..( Tak Ori Tapi OK )

Berpengalaman :
( Pelakon ) memakai tudung semasa beraksi di
dalam VCD Berhari-Hari Di TUPAH. / JITRA 1 & 2.
( Model ) memakai tudung semasa mengayakan
aksi-aksi di luar batasan.
( Penyanyi ) memakai tudung semasa berkaraoke
bersama teman-teman lelaki.
( Penari ) memakai tudung semasa beraksi di
atas pentas untuk uji bakat Malaysian Idol.
( Safety First ) memakai tudung semasa mencari
tempat maksiat yang line clear.
( Jurusolek ) memakai tudung tetapi kening ditarahnya sehingga nipis.

* Selalunya wanita yang bertudung yang
sedemikian memang nampak baik ,sopan sebagai contoh :

( Bercakap Benar ) Ni 1st time I naik moto denga
n lelaki.....
( Murah Hati ) Alahhh..I tak kisah...asalkan U jangan lebih-lebih dahlahhh...
( Pemalu ) Yang'g..kat sini orang nampak...marilah duduk disanaaa.....
( Bertangungjawab ) Alahhh...yangg..berani
kita berduer buat berani ler kiter tanggung....
( Prihatin ) Yangg....dah 2 minggu lebih I tak datang bulan purnama.

* Zaman Sekarang ini Tudung kepada
wanita-wanita sedemikian seolah-olah adalah
fesyen,trend ataupun adat.(di Negara Arab ,wanita
bukan Islam juga bertudung & berpudrah.)

* Janganlah kita menilai wanita yang tak
bertudung dengan satu nilaian yang buruk..tetapi
kita dorongilah mereka & berilah galakan yang
sewajarnya kerana ia adalah kewajipan sebagai
seorang Muslimin.

* Kepada wanita/remaja/perempuan yang
bertudung seperti yang digambarkan di atas
janganlah kalian mencemarkan nama baik Islam
,Janganlah besembunyi disebalik tudung anda.


p/s:Mungkin ayat yang digunakan kat atas agak pedas tp harap korang amik dari sudut +ve..n bersama-sama renungkannya..


Read more...

Tuesday, December 15, 2009

Btl ker??Mahmoud Ahmadinejad nih sebenarnya...


Ak ada terbaca satu artikel kat satu website..so ak just nak kongsi-kongsi ngn korang..


MAHMOUD AHMADINEJAD menunjukkan dokumen yang mengandungi nama asalnya.

Presiden Iran berkuturunan Yahudi.

PRESIDEN Iran Mahmoud Ahmadinejad merupakan seorang pemimpin berketurunan Yahudi yang mempunyai nama keluarga Sabourjian, lapor akhbar The Daily Telegraph semalam.

Keluarga Mahmoud dipercayai menukar nama keluarga kepada Ahmadinejad selepas mereka memeluk Islam ketika beliau berumur empat tahun, sekitar tahun 1950-an.

Sabourjian yang bermaksud penenun kain, secara tradisi menetap di Aradan, Iran iaitu bandar kelahiran Mahmoud.

Pakar pengajian Yahudi Iran di London berkata, perkataan 'jian' bermaksud keluarga itu menganut agama Yahudi.

"Sabourjian ialah nama Yahudi terkenal di Iran," kata pakar tersebut.

Jurucakap Kedutaan Iran di London, Ron Gidor berkata, pihaknya tidak akan mengulas mengenai sejarah lampau Mahmoud.

"Kami tidak akan bercakap mengenai sejarah silamnya," kata Gidor.

Mahmoud ialah jurutera bertauliah serta mempunyai ijazah doktor falsafah (PhD) dalam pengurusan trafik. Beliau pernah berkhidmat untuk Pengawal Revolusi sebelum menceburi politik. - Agens
i

Read more...

Monday, December 14, 2009

Fakta Menarik Mengenai COKE & AIR...(kena baca)




AIR

1. Hampir separuh dari penduduk dunia mengalami
kekurangan air dalam badan.

2. Dalam 37% masyarakat, dahaga sering disalahtafsirkan
sebagai lapar.

3. Dahaga yang sedikit akan mengurangkan kadar metabolisme sebanyak 3%.

4. Segelas air akan mampu menghilangkan kelaparan yang datang pada waktu tengah malam.

5. Kurang minum air ialah punca utama keletihan di siang hari.(Pergi kelas jgn lupa bawak air,leh kasik ilang ngantok di tengah hari)

6. Kajian menunjukkan 8-10 gelas air yang diminum setiap hari akan mampu mengurangkan sakit belakang dan sendi pada 80% pesakit.

7. Kekurangan air dalam badan sebanyak 2% akan mengakibatkan
kekeliruan ingatan jangka pendek, masalah dengan kira-kira matematik mudah, sukar menumpukan pada skrin komputer dan kertas bercetak.

8. Meminum 5 gelas air setiap hari akan mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% , kanser payu dara sebanyak 79% dan kanser pundi kencing sebanyak 50%.

p/s:ak bwk air p kelas jadik byk mnm air terus xngantuk masa kat kelas..sebab selalu ulang alik pegi tandas...hikhihhik..

COKE

1. Di kebanyakan negeri di USA,Polis Peronda Lebuhraya mereka membawa 2 gelen Coke di dalam kereta mereka untuk membersihkan darah di atas jalanraya akibat kemalangan.


2. Cuba masukkan satu T-bone steak ke dalam semangkuk Coke, ia akan hilang dalam masa dua hari.

3. Untuk membersihkan tandas, tuangkan satu tin Coke ke atas mangkuk tandas. Biarkan ia ‘bekerja’ selama sejam, kemudian cuma flush, tak perlu berus. Boleh juga digunakan untuk mencuci pinggan mangkuk jenis China.

4. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis
chrome, celupkan kertas aluminum (foil) yang keronyok ke dalam Coke, kemudian gosokkan bahagian yang karat.

5. Untuk mencuci sisa putih pada bahagian kepala bateri kereta anda, tuangkan satu tin Coke ke atas bahagian tersebut, dan sisa putih itu akan hilang.

6. Untuk melonggarkan skru atau nat yang berkarat, basahkan sedikit kain dengan Coke, kemudian lapkan pada skru atau nat tersebut.

7. Untuk menghilangkan kesan minyak atau gris pada kain, tuangkan satu tin Coke, tambah sedikit serbuk pencuci dan basuh seperti biasa. Kesan minyak dan gris akan hilang.

Untuk Makluman Anda :

1. Bahan aktif dalam Coke ialah Asid Fosforik. Ia boleh melarutkan paku dalam masa 4 hari. Ia juga boleh menghakis kalsium dari tulang dan merupakan penyumbang utama kepada penyakit osteoporosis.

2. Untuk membawa pati Coke (
Coca Cola Syrup), trak yang digunakan adalah jenis yang digunakan untuk membawa bahan kimi penghakis tahap tinggi (highly corrosive).

3. Pengedar Coke telah menggunakan minuman tersebut untuk membersihkan bahagian enjin trak tersebut selama 20 tahun!

p/s:Jika anda tercekik tulang..air coke blh digunakan untuk melembutkan tulang tersebut supaya ia mudah dikeluarkan../XD

Read more...

Saturday, December 12, 2009

Btl ker cinta nie???hehehe..




“Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami … menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

So..jgn keliru yer kwn-kwn..memang susah nak cari cinta sejati,kadang-kadang kita rasa orang tuh sayang kat kita padahal kita jer yang syok sendiri..hikhikhik..aku pon xpandai ner lam bab-bab mcm nih..jd ak harap lepas kotang baca post nih..LU PIKIR LAR SENDIRI!!!!




Read more...

Tipu lar kalo korang ckp leh bls jasa ibu..



Pernak tak korang terfikir tentang semua nih???

Selagi Dia Masih Hidup.......
- Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita. Ibu sanggup berjaga mlm bimbang nanti anknye digigit sang nyamuk..Kita pula membalas budi ibu dengan menangis sepanjang malam...itu balasan kite pd ibu.

- Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai. Namun ibu tetap terhibur dgn kerenah nakal kite...

- Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon dan bermacam alatulis.., agar kita nanti jadi insan intelek. Kita pula membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah.

- semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya..Supaya kite dapat bergembira b'sama rakan2 dgn m'gayakan baju baru b'warna-warni. .. ibu sendiri kekadang tidak mampu membelinye utk diri ibu sendiri. Namun tak kisahlah...itu kate ibu... Kita pula membalas budi ibu dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.

- Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah.. dengan niat mendidik minda dan jiwa si anak.. Kita membalas budinya dengan menjerit , "SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH". memukul2 ibu..merajuk dengan ibu...

- Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih.walhal ibu korbankan masa terluangnye. ...korbankan masa utk ibu rehatkan tubuh yg sudah skian lama mnahan penat..

- Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV..bimbang nanti ter'effect prestasi belajar krn terlalu asyik.. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah. seakan ibu mengongkong kita utk hiburkan hati kite...

- Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. ibu bimbang.. gusar anak ibu nanti terpesong arah... Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa "Ibu tak ada "TASTE"..jgn campur peribadi saya!!!"

- Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. kite tak langsung reti utk hiburkan ibu sekali sekala... Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik.. malas nak mlayan ibu yg pasti menanyakan itu ini...

- Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira.. gembiranya ibu tak terkata... "alhamdulillah yaAllah.. anak yg Kau kurniakan kini berjaya dlm ujian hidupnye..." Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana sebok enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.

- Apabila k ita berumur 19 tahun, Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang sampai ke hostel kita. sedih hati ibu utk berpisah dgn kita sbagai si anak utk smentara waktu... Kita membalas budi Ibu, dengan tidak bersalaman dengan Ibu di luar dorm, takut malu nanti dilihat kawan-kawan.

- Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin- kita ada boyfriend/girlfrien d ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata " Ibu ni kepohlah!!" suke hati sayalah!!! ade ke..takde ke..bukan ibu yg nak kawin!!"

- Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya akan cuba jadi yg terbaik sehabis saya boleh ..dan yg pentingnye ibu...saya tak mahu jadi macam ibu!!" ibu pasti tersenyum kelat.

- Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri - Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan..taste ibu taste org dulu2...takde class langsung!

- Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga - Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari Ibu. mals takut nanti ibu m'ganggu rumahtangga kite..hm...ade ke patut...

- Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain Ibu..tak sama dah dgn cara ibu besarkan saya!!!!!"

- Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi Ibu, dengan kata " saya sibuk!!!! i'm very sorry..."

- Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan mer ungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera ke pejabat...

Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.

Ingatlah selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu.. dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.doakan kesejahteraan ibu. Siapalah kita tanpa jasa dan pengorbanannya.
>skiranye kita masih punye ibu dlm menjalani hidup ini....hargai ibu...jage hati ibu...hadiahkanlah keperibadian yg baik utk ibu...agar ibu puas dgn apa yg ibu korbankan..agar ibu bangga krn punye anak soleh/ solehah yg akan mendoakan ibu di akhirat kelak...

TIADA YANG LAIN SELAIN IBU YANG SANGGUP DAN MAMPU BERKORBAN UTK ANAKMU INI.

sahabat..doakanlah kebahagiaan ibu kite... bukan sahaja ibu semata2..kerna b'sama ibu itulah AYAH....yg jua turut sama berusaha mendidik, mentarbiyyah dan membesarkan kite...SANGUPKAH. ..sanggup sanggupkah kite jika ditakdirkan esok masanye kita b'pisah dgn ibu and ayah utk slamanya di dunia ini....

Betapa Deritanya Ibu Kita Melahirkan Kita

Read more...

Nek jerawat??Jgn amik mudah..


Kedudukan jerawat dan info

DAHI

Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan
badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya
panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal.
Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak.....

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita
mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba
perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah
satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau
sistem reproduksi....

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin
(rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat
di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur
dan sistem peranakan yang bermasalah.....

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah
rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah....

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.....

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan
pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi
mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik....



p/s:So,kalo kowang nek jerawat cepat-cepat lar jumpa doktor,k?hahaha../wahaha

Read more...

Pembuka kata...

Pertama sekali aku ingin memanjatkan kesyukuran kepadaNya kerana memberi kesempatan buat ak untuk menjenguh ke dalam dunia blog nih.

Sebelum nih ak dah penah tulis blog tapi sekadar untuk promote ak punya MyMode jer,blog tuh tak penah update pon sampailah aku sendiri lupa password blog tuh..kihkihkih(hampeh~)
Ok..buat mukadimah aku rasa tak perlu lah aku hurai panjang-panjang..Aku tulis blog nih pon untuk mengisi masa lapang jer disamping dapat berkongsi apa-apa yang patut dengan korang..harap korang dapat bagi sokongan kat aku..
PEACE TO THE WORLD!!!

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP