Saturday, August 27, 2011

Kita..anugerah percuma dari Maha Agung..

Subhanallah..sumer anugerah ciptaan tecanggih ada pada tubuh kita..sumernya anugerah percuma beb!kalo orang bagi pinjam kat kita barang2 kepunyaan dia,laju jer kita ucap terima kasih nak2 plak awek yang bagi pinjam..huhu..tapi anugerah pada tubuh badan kita yang Allah bagi pinjam nih tak pernah plak kita nak ucap terima kasih,nak lafaz 'Alhamdulillah'..

Mata kita beresolusi 130 Mega Pixel..Macam mana ak blh cakap 130 Mega Pixel?Ok..sebagai contoh sebuah kamera DSLR Canon EOS 450D memiliki 12.2 Mega Pixel,ini bermakna dalam kamera tersebut terdapat 12.2 juta sensor peka cahaya yang berfungsi menangkap cahaya yang berada dihadapan kamera..tapi di retina mata kita punya 130 juta sel yang dikenali sebagai sel fotoreseptor yang berfungsi menukar cahaya kepada signal yang akan dihantar kepada otak..kalau calculationnya mata kita nih beresolusi 130 Mega Pixel lah yang hanya seberat 7 gram dan hanya berdiameter 24 milimeter,3D lagi..Subhanallah..



Mata kita punya teknologi 'self repair'..wow!!kamera yang korang beli sampai ada 3K keatas tuh pom tak mampu nak repair sendiri beb..last2 bawak pergi kedai jugak..mata kita kalo setakat sakit mata tuh boleh sembuh dengan sendirinya..yang buta tercucuk lidi satey tuh lain citer lar beb..mata kita nih kalo kering jer automatik air mata akan membasahi permukaan mata kita agar ia sentiasa lembab,korang berkelip 15000 kali sehari secara automatik,bila mata kita kering lagi kerap kita mata kita berkelip bagi menaggalkan kekotoran dan juga melembapkan permukaan mata..kamera ada??hari2 mau kena servis sendiri lar beb..Subhanallah..



Lensa mata merupakan yang paling laju berbanding kamera mana pun..pupil merupakan satu bahagian didalam mata kita yang mengawal jumlah cahaya yang memasuki cahaya didalam mata..jika kita berada di kawasan yang terang pupil akan mengecil bagi meminimumkan jumlah cahaya yang masuk kedalam mata..jika kita berada didalam gelap pupil akan membesar bagi memaksimumkan jumlah cahaya yang masuk kedalam mata..Subhanallah hebatnya ciptaan Maha Agung..Masih banyak lagi kelebihan mata kita yang mungkin aku tak masukkan kat sini..ini baru satu deria,tak masuk telinga,lidah,hidung,dan segala organ kat dalam badan kita lagi yang semuanya berkerja secara automatik yang pasti tak dapat ditandingi oleh secanggih-canggih ciptaan manusia..Insyaallah post seterusnya aku akan masukkan kelebihan organ kita yang lain..haha..macam belajar biologi masa amek SPM dulu pulak..Bersama kita saling ingat mengingati..Wallahuallam..


0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP