Tuesday, December 15, 2009

Btl ker??Mahmoud Ahmadinejad nih sebenarnya...


Ak ada terbaca satu artikel kat satu website..so ak just nak kongsi-kongsi ngn korang..


MAHMOUD AHMADINEJAD menunjukkan dokumen yang mengandungi nama asalnya.

Presiden Iran berkuturunan Yahudi.

PRESIDEN Iran Mahmoud Ahmadinejad merupakan seorang pemimpin berketurunan Yahudi yang mempunyai nama keluarga Sabourjian, lapor akhbar The Daily Telegraph semalam.

Keluarga Mahmoud dipercayai menukar nama keluarga kepada Ahmadinejad selepas mereka memeluk Islam ketika beliau berumur empat tahun, sekitar tahun 1950-an.

Sabourjian yang bermaksud penenun kain, secara tradisi menetap di Aradan, Iran iaitu bandar kelahiran Mahmoud.

Pakar pengajian Yahudi Iran di London berkata, perkataan 'jian' bermaksud keluarga itu menganut agama Yahudi.

"Sabourjian ialah nama Yahudi terkenal di Iran," kata pakar tersebut.

Jurucakap Kedutaan Iran di London, Ron Gidor berkata, pihaknya tidak akan mengulas mengenai sejarah lampau Mahmoud.

"Kami tidak akan bercakap mengenai sejarah silamnya," kata Gidor.

Mahmoud ialah jurutera bertauliah serta mempunyai ijazah doktor falsafah (PhD) dalam pengurusan trafik. Beliau pernah berkhidmat untuk Pengawal Revolusi sebelum menceburi politik. - Agens
i

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP